NAMA:
PROF. MADYA (DR) MOHD ADZHAR BIN ABD LATIF
JAWATAN:
KETUA JABATAN PERUBATAN MELAYU LINTON UNIVERSITY COLLEGE
KLUSTER:
WARISAN TIDAK KETARA
KATEGORI:
KEARIFAN TEMPATAN (LOCAL WISDOM)
BIDANG:
PERUBATAN WARISAN MELAYU
NO. TELEFON:
018 – 283 6787
EMEL:
adzhar.latif@gmail.com
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Segala puji bagi Tuhan Pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya.
A. PENGENALAN
Penama adalah seorang tokoh yang telah berkecimpung dan menabur bakti secara sukarela di dalam bidang ini selama tempoh hampir 40 tahun. Kini beliau merupakan Anggota Tetap, Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari Malaysia (Majlis PT&K) iaitu satu-satunya wakil/rujukan bagi amalan Perubatan Tradisional Melayu (PTM) yang telah 3 penggal dilantik menyandang jawatan tersebut sejak mula ditubuhkan pada 2017.
Beliau juga adalah Pengasas merangkap Yang Dipertua sehingga kini bagi Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA) yang merupakan satu-satunya Badan Pengamal perubatan Melayu diiktiraf dan telah digazetkan mewakili amalan perubatan tradisional Melayu. Disamping itu, beliau adalah Pengasas merangkap Pengerusi, Yayasan Perubatan Melayu dan Komplementari Malaysia (YPMKOM). Manakala Persatuan Mamacare Malaysia (MAM) juga telah ditubuhkan oleh beliau dan jawatan pengerusinya disandang hingga ke hari ini.
Di institusi pengajian tinggi pula, beliau adalah Profesor Adjung di Kolej Universiti Genovasi (GUC) yang merupakan pelupor dan Dekan bagi Fakulti Perubatan Tradisional Melayu. Beliau kemudiannya dianugerahkan Profesor Madya dan memegang jawatan terkini sebagai Ketua Jabatan Perubatan Melayu di Fakulti PT&K, Kolej Universiti Linton (LUC).
Di atas segala sumbangan dan jasa dalam bidang kearifan tempatan ini, LUC juga telah menganugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat kepada beliau baru-baru ini.
B. PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN
Bermulanya kerjaya dan perjuangan beliau bagi mengangkat memartabat kearifan tempatan bidang ini ketika masih berusia belasan tahun. Manakala penglibatan beliau secara langsung di dalam bidang ini telah dizahirkan sejak dari tahun 1984 sebagai Pembantu Pengamal sehinggalah kini telah menjadi Pengamal Perubatan Melayu yang bertauliah. Bidang ini yang dulunya diwarisi secara turun temurun juga telah diklasifikasi dan diwartakan sebagai Warisan Tidak Ketara (Intangible Heritage) oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Manakala sejak tahun 2001 pula, beliau telah bergiat aktif bersama rakan-rakan seperjuangan dalam bidang amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) lainnya bagi memulakan kerjasama dengan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana pada ketika itu ianya baru saja diujudkan.
Di samping itu, buat pertama kalinya pada tahun 2008 beliau mengambil inisiatif untuk bergerak di atas platform badan bukan kerajaan (NGO) dan dengan itu telah menubuhkan Persatuan Warisan Pekan Pahang, Malaysia (WARIS). Di bawah kepimpinan beliau, persatuan ini telah banyak melaksanakan program-program dan aktiviti kemasyarakatan serta kebajikan bagi mengangkat martabat kearifan tempatan dalam bidang ini.
Pada tahun 2011, beliau pula telah mengasaskan sebuah gabungan pertubuhan yang dinamakan Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia dengan nama singkatannya ‘GAPERA’. Sebagai Pengasas dan Pengerusi kepada pertubuhan ini serta dengan misi yang jelas, beliau telah mengemukakan permohonan kepada BPTK, KKM untuk menjadikan ia sebagai badan pengamal mewakili bidang pengamalan perubatan tradisional Melayu yang mana terdapat kelompongan dan keperluan pada ketika itu. GAPERA telah berjaya diterima secara rasminya menjadi salah sebuah badan pengamal dalam Jawatankuasa Tetap PT&K, BPTK, KKM pada tahun yang sama ianya ditubuhkan.
Setelah pihak KKM mendapati beliau memiliki pengetahuan yang mendalam dan berpengalaman luas dalam bidang ini, beliau pula telah terpilih dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap PT&K yang mana satu-satunya jawatan bagi mewakili amalan perubatan tradisional Melayu bermula pada tahun 2011. Pada tahun yang sama juga, beliau telah terpilih mewakili Malaysia ke Persidangan Perubatan Tradisional dan Komplementari Peringkat Asean Kali Ketiga di Solo, Indonesia. Seterusnya, beliau telah terpilih sekali lagi mewakili negara ke persidangan yang sama buat kali ke empat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Sebagai Wakil Tetap Jawatankuasa PT&K, beliau berperanan penting bersama-sama menyumbang tenaga dan pengetahuan bagi membolehkan Akta PT&K 775 berjaya dilulus dan diwartakan pada tahun 2016. Sehubungan dengan itu, GAPERA yang dipimpin oleh beliau pula telah berjaya dinobatkan sebagai badan pengamal yang diiktiraf dan dilantik menjadi salah satu badan pengamal PT&K.
Perlaksanaan Akta PT&K 775 bermula dengan fasa pertama iaitu penubuhan Majlis PT&K dan perlantikan anggotanya. Pada tahun 2017, Majlis PT&K telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan Malaysia. Selaras dengan itu, beliau sekali lagi terpilih untuk dilantik menggalas jawatan penting sebagai Anggota Tetap Majlis PT&K Malaysia yang juga satu-satunya perlantikan bagi mewakili amalan perubatan tradisional Melayu.
Sepanjang kerjaya, beliau dilantik menyandang jawatan-jawatan penting dan telah banyak menabur bakti kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Pelbagai penglibatan dan program serta gerak kerja telah dilaksanakan bagi memastikan wadah perjuangan mengangkat martabat kearifan tempatan khususnya dalam pengamalan perubatan warisan Melayu dapat dicapai seterusnya direalisasikan. Disenaraikan seperti berikut;
1. Perlantikan dan Pentauliahan Oleh Kerajaan
- Anggota Tetap Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari, Malaysia – KKM.
- Ahli Jawatankuasa Teknikal Bersama – BPTK, KKM.
- Panel Penyemakan Draf Penulisan Monograf Herba Malaysia – Institut Kesihatan Negara, KKM.
- Ahli Jawatankuasa Majlis Pembangunan Herba Negara – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI).
- Panel Penyelarasan Pelan Strategik Pembangunan Pusat Dagangan Herba Nasional – MAFI.
- Pengerusi Panel Penilai Program Akreditasi Penuh Diploma Urut Melayu – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).
- Panel Pembangunan Standard Perubatan Tradisional & Komplementari MQA, KPT.
- Panel Bengkel Pembangunan Herba – KKM. (Dikenal pasti sebagai sumber rujukan di masa akan datang)
- Panel Forum Kawalan Pencegahan Tibi – Institut Perubatan Respiratori, KKM.
- Panel Dialog PT&K, Jabatan Pulau Pinang – KKM.
- Ketua Panel Penilai Pusat Bertauliah – Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malayisa(KPW).
- Pakar Industri Negara – Kementerian Sumber Manusia (KSM).
- (Sektor Perubatan & Farmaseutikal, Sub-sektor Kesihatan dan perkhidmatan Penjagaan Diri/Alternatif Terapi)
- Pentauliahan Sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia (Sektor Perubatan & Farmaseutikal, Sub-sektor Kesihatan dan perkhidmatan Penjagaan Diri/Alternatif Terapi)
- Panel Pembangun Standard Kemahiran Perkerjaan Kebangsaan (NOSS), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK, KSM).
– Tahap 4 – Diploma Kemahiran Malaysia bagi Urut Terapeutik dan Penjagaan.
– Tahap 4 – Diploma Kemahiran Malaysia bagi Penjagaan Ibu Selepas Bersalin Mamacare
– Tahap 5 – Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia bagi Pengurusan Ibu Selepas Bersalin Mamacare. - Panel Pembangun Bahan Pengajaran Bertulis (WIM), Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), KPW.
– Tahap 4 – Diploma Kemahiran Malaysia bagi Penjagaan Ibu Selepas Bersalin Mamacare.
– Tahap 5 – Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia bagi Pengurusan Ibu Selepas Bersalin Mamacare. - Panel Jawatankuasa Pembangunan Deraf Standard Program Diploma Perubatan Tradisional Melayu – Universiti Malaya (UM).
- Jurulatih Bertauliah – HRDF, KSM.
- Tenaga Pengajar Bagi Program Kursus Peningkatan Kapasiti – KKM
- Pakar Bidang Projek Ensiklopedia PT&K, Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia (DPB).
- Ahli Jawatankuasa Pemandu Projek Pendokumentasian Secara Komprehensif Pengetahuan Tradisi Melayu Berkaitan Tumbuhan Ubatan Di Semenanjung Malaysia (FASA 4) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
- Ahli Jawatankuasa Pakar Warisan Negara (Ahli Jawatankuasa Pakar Warisan Negara).
2. Wakil Negara
- Persidangan Perubatan Tradisional dan Komplementari Asean kali ke 3 di Solo, Indonesia. (2011) – Dipilih oleh KKM.
Persidangan Perubatan Tradisional dan Komplementari Asean kali ke 4 di Kuala Lumpur, Malaysia. (2012) – Dipilih oleh KKM.
Seminar Internasional Perubatan Tradisional di Surabaya, Indonesia. (2020) – Dipilih oleh Genovasi University College.
17th National Herbs Expo in Thailand, Ministry of Public Health, Thailand.(2020) – Dipilih oleh KKM.
3. Pembentang Kertas Amalan Perubatan Tradisional Melayu Pada Peringkat Antarabangsa.
- International Traditional Chinese Medicine Conference – International Traditional Therapies and Health Cultivation Conference.
- International Traditional Indian Medicine Conference – International Tradalth Convention.
- 3rd World Traditional Medicine Forum – Co-organized by WTMF & WHO
4. Perlaksanaan Program Saluran Perdana Kerajaan Malaysia – Latihan Kesejahteraan Kesihatan dan Peningkatan Ekonomi Melalui Pengamalan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin Melayu Kepada Pengamal Dari Golongan B40 Seluruh Negara Bersama LPPKN bagi tempoh 2014 hingga 2016 – Dibawah program Blue Ocean Strategy (NBOS)
- Telah melatih dan mengujud pengamal Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (Confinement Lady) dengan jenama MamaCare seramai lebih daripada 2000 orang di seluruh negara.
- Telah melahirkan pengamal yang profesional dan lebih diyakini serta mampu meraih pendapatan yang jauh lebih lumayan dibandingkan sebelumnya.
- Telah melatih dan mengujud pengamal Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (Confinement Lady) dengan jenama MamaCare seramai lebih daripada 2000 orang di seluruh negara.
- Telah melahirkan pengamal yang profesional dan lebih diyakini serta mampu meraih pendapatan yang jauh lebih lumayan dibandingkan sebelumnya.
Mengadakan Majlis Konvokesyen bersama LPPKN bagi peserta MamaCare yang telah menamatkan latihan.
Telah menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara yang tampil ke persada dunia dengan perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin daripada amalan kearifan tempatan dengan jenama tersendiri.
Telah menyumbang kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan meningkatkan pendapatan negara (KDNK).
5. Penubuhan dan Jawatan Di Dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
Pengasas merangkap Pengerusi Yayasan Perubatan Melayu dan Komplementari (YPMKOM).
Pengasas merangkap Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA) – Badan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Yang Diiktiraf.
Pengasas merangkap Pengerusi Persatuan Warisan Pekan Pahang, Malaysia (WARIS).
Pengasas merangkap Pengerusi Persatuan MamaCare Malaysia (MAM).
Pengasas merangkap Penasihat Persatuan Persatuan Pengamal Ubatan Alami Melayu Malaysia (PESAMIM).
Ahli Jawatankuasa Persatuan Acu-Bekam.
6. Pencapaian Di Institusi Pengajian Tinggi
Mendapat kelulusan bagi mengujudkan Fakulti Perubatan Tradisional Melayu di Kolej Universiti Genovasi (GUC) yang merupakan terulung di Malaysia dan di dunia.
Memorandum persefahaman diantara GAPERA dengan University of Cyberjaya (OUC) yang dulunya dikenali sebagai Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).
Memorandum persefahaman diantara YPMKOM dengan STIDKI Ar Rahmah, Surabaya, Indonesia.
7. Jawatan dan Penganugerahan daripada Intitusi Pengajian Tinggi
- 2019 – Ketua Jabatan Perubatan Melayu (GUC)
2020 – Dekan, Perubatan Tradisional Melayu (GUC)
2021 – Profesor Adjung – Kolej Universiti Genovasi (GUC)
2022 – Ketua Jabatan Perubatan Melayu (LUC)
2022 – Profesor Madya – (LUC)
2023 – Ijazah Kedoktoran Falsafah Kehormat (HON. PHD)
8. Penglibatan Bagi Memprofesionalkan Tradisional
- Penglibatan secara lansung dalam sesi/ bengkel yang di kendalikan oleh KKM bagi mengubal pengisian AKTA PT&K 775 2016.
- Penglibatan secara lansung dalam sesi/mesyuarat bagi menetapkan standard dan peraturan bagi PT&K serta meluluskan permohonan akreditasi oleh IPT yang di kendalikan oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama, KKM untuk diangkat ke Majlis PT&K.
- Penglibatan secara lansung dalam sesi/ bengkel yang di kendalikan oleh KKM bagi mengubal pengisian ‘Traditional And Complementary Medicine Blueprint 2018-2027 Healthcare’.
- Membangunkan silibus, bahan dan slid pembelajaran yang digunapakai oleh KKM untuk program Kursus Pembangunan Kapasiti (KPK) bagi tujuan pendaftaran pengamal PTM.
- Mengadakan kunjungan hormat dan pertemuan dengan YB. Menteri bagi mengangkat martabat kearifan tempatan dalan bidang pengamalan perubatan warisan Melayu di beberapa kementerian yang berkaitan.
- Mengemukakan cadangan bagi menjadikan Malaysia sebagai GLOBAL HUB bagi PT&K kepada kementerian yang berkaitan.
9. Penganjuran Program dan Aktiviti Bagi Memprofesionalkan Tradisional – PTM
- Jelajah Swa-Kawal Pengamal PTM ke seluruh negara.
- Seminar Perdana bagi Pengamal Perubatan Tradisional Melayu.
- Seminar Melahirkan Pengamal Profesional Daripada Tradisional.
- Bengkel Pengamal Berdaftar.
- Forum Bicara Pengamal Profesional.
- Perhimpunan Persidangan Pengamal WARIS & Sahabat Sihat.
- Seminar Keilmuan Perubatan Melayu Nusantara.
- Taklimat Akta PT&K 775 2016.
- Kursus Penjagaan Ibu Selepas Bersalin.
- Prinsip dan Teras Ilmu Amalan Perubatan Melayu.
- Pengamalan Ilmu Kerohanian Perubatan Melayu.
- Bengkel Penjagaan Kesihatan Laki-laki – Lelaki Perkasa.
- Bengkel Penjagaan Kesihatan Wanita – Seanggun Perawan.
- Kursus Urut Tradisional Melayu.
- Kursus Amalan Bekam.
- Kursus Peningkatan Kompetensi Pengamal PTM.
- Bengkel Urutan Timbal Balik.
- Bengkel Pengurusan Emosi dan Kesihatan Mental – SADNOMORE dan MOVE ON.
- Amalan Pemakanan Sihat Cara Kita.
- Kursus Keusahawan Terapi Urutan.
- Kursus Urut Intensif.
- Kursus Faal Perubatan Warisan Melayu.
- Kursus Pembangunan Kapasiti Pengamal PTM.
- Pengamalan Ilmu Warisan Mat Kilau.
10. Program Kebajikan/Khidmat Masyarakat
Memberikan perkhidmatan/rawatan perubatan PTM ke negeri-negeri secara percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan – Program ‘We Care For U’. (YPMKOM & WARIS)
Telah menjalankan kerja-kerja kebajikan pasca pandemic kepada masyarakat bagi menangani stres bertajuk ‘Keluarga Ceria Tanpa Stres’. Ianya adalah perkhidmatan yang diberikan secara percuma kepada mereka yang memerlukan. Seramai 10,000 anggota masyarakat seluruh negara telah mendapat manafaat daripada program ini. (MAM dengan kerjasama LPPKN)
11. Penceramah/Panel Bagi Program Promosi PTM Di Siaran Saluran Perdana
- RTM – Selamat Pagi Malaysia
- TV 3 – Malaysia Hari
- TV 9 – Temubual Ekseklusif PTM
- Wacana YPMKOM – Kesejahteraan Hidup Sihat Cara Kita.
- Forum Jabatan Warisan Negara – PT&K Dalam Konteks Peradapan Melayu: Pengekalan Warisan Malaysia.
- Bersiaran bersama Dato’ Rosyam Nor – Pengiktirafan Amalan PTM.